Thursday, January 29, 2009

Kompleks Darul Qur'an, Labok, Machang

Assalamualaikum wr wb

Di Labok, masih belum ada dewan orang ramai. Bagaimanapun, insya Allah, mulai esok Kompleks Darul Qur'an yang akan dirasmikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan membuka lembaran baru kepada kemudahan aktiviti penduduk setempat.

Kompleks Darul Qur'an ini dibina hasil dari sumbangan derma orang ramai. 1km dari simpang Labok (simpang jalan hendak ke KB dan Kuala Krai). Bersebelahan dengan Masjid Labok.

Lagi 7 hari, kami dari ladang serai akan menempah Dewan Besar, Kompleks Darul Qur'an ini untuk Program Majlis Perasmian Projek Tanaman Serai Berkelompok Secara Ladang Kontrak. Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Mangsor Bin Saad, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan turut diraikan oleh ADUN Pulai Chondong, YB Zulkifli Bin Mamat.

Semoga usaha kita ini beroleh kejayaan hebat sekaligus mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. Insya Allah.

Wednesday, January 28, 2009

Resepi Dari Serai - Utk Dicuba di Rumah

Assalamualaikum wr wb Semua

Sebentar tadi sempat chat dengan Sdr Nezam. Sambil chat beliau paste beberapa link berkaitan resepi dari serai. Beliau sendiri telah mencuba "Serai Juice" di Intercontinental Hotel, Bali. Katanya sedap betul.

Berikut ialah link link berkaitan resepi serai utk rujukan semua.

http://southeastasianfood.about.com/od/laosdessertsfruitsdrinks/r/LemongrassDrink.htm
- ini resepi tanpa halia

http://www.astray.com/recipes/?show=Lemongrass%20drink

http://healthbiznbuzz.blogspot.com/2008/07/fresh-lemon-grass-drink-causes.html

http://appetiteforchina.com/recipes/thai-lemongrass-ginger-iced-tea

- ini resepi serai + halia (ginger)


Selamat mencuba!

Sunday, January 25, 2009

Rakaman Aksi Aksi Terkini

Assalamualaikum wr wb Semua

Berikut ialah rakaman gambar gambar yang dijanjikan untuk tontonan.

Saturday, January 24, 2009

Operasi Di Malam Hari

Assalamualaikum wr wb Semua,

Hari ini kami mengukur jalan baru ke kebun serai. 1.25 km dari jalan utama. Selepas itu, kami cuba membakar. Nampaknya, hasilnya jauh lebih baik dari percubaan sebelum ini. Namun, belum sampai masa yang terbaik lagi. Ada yang jadi bakarannya, ada yang mati semula selepas beberapa ketika.

Baru sebentar tadi, jam 12.00 tengah malam, kami baru kembali dari kebun serai. Satu satunya tujuan ke kebun pada malam hari ialah untuk melakukan beberapa lagi percubaan membakar. Rasa teruja dengan bakaran api di siang hari menyebabkan kami kembali ke kebun pada malam hari. Nampaknya kali ini, ada hasil bakaran yang lebih baik merebak dengan cepat, dan kekal menjadi bara.

Tiba tiba hujan renyai renyai turun. Cobaan betul. Sekarang 1.05 pagi, hujan sedang turun renyai renyai. Kami yakin, insya Allah, beberapa hari lagi hari panas, usaha membakar akan memberikan hasil yang jauh lebih baik dari hari ini.

Hari ini juga, tukang belah kayu meneruskan kerja kerjanya membelah kayu.

Beberapa rakaman gambar terkini.


Gambar bakar di malam hari tadi, akan dinaikkan kemudian.

Friday, January 23, 2009

Pelbagai Aktiviti dan Lawatan Pengarah SKM

Assalamualaikum wr wb Semua,

Alhamdulillah, hari panas yang berpanjangan mungkin telah bermula. Sementara menanti masa yang sesuai untuk membakar, (target 28 Januari) kami melakukan aktiviti seperti:

a) memperkemaskan himpunan/longgokan kayu yang hendak dibakar
b) menyiapkan baki pemasangan pagar
c) menyiapkan jalan "short cut" peringkat akhir (siap hari ini)
d) membina jembatan kayu balak penghubung antara tanah 8 ekar dan 2 ekar
e) membelah batang pokok kayu untuk dijadikan kayu beluti pelbagai saiz
f) membuat bangsal panjang 40 kaki x lebar 12 kaki (Lengkap dgn tandas, bilik air dan solat)
g) persiapan menjelang majlis perasmian 7 Februari nanti

Sementara itu, hari ini kami menerima lawatan dari pengarah SKM KB dan Machang. Taklimat hal hal operasi penyedian tanah telah diberikan oleh Pak Mat. Sementara taklimat hal hal berkaitan potensi projek penanaman serai telah diberikan oleh Sdr Jamal. Sheikh Hilmi sebagai konsultan bebas serai telah turut meraikan program lawatan tadi. Selepas lawatan semua telah dijemput ke rumah Pak Mat untuk jamuan makan - bee hun dan bubur pulut hitam bersama air oren dan sirap ais.

Ada gambar gambar berkaitan yang tidak sempat diambil kerana terlalu sibuk dan terlupa untuk membawa kamera. Insya Allah akan dinaikkan di blog ini kemudian.

Friday, January 9, 2009

Masih Belum Sedia Untuk DiBakar

Assalamualaikum wr wb Semua,

Hari ini hari ke 5 panas selepas satu siri hujan yang panjang dan diakhiri dengan banjir besar pada 5 hari lepas.

Hari ini kami telah mencuba membakar dan kesannya mengecewakan. Kayu masih lembab dan gagal dibakar dengan marak. Walaupun menggunakan 12 keping tayar kereta utk membantu pembakaran 1 rumpun kayu mati, api akhirnya mati.

Sementara menanti hari panas yang cukup (beberapa hari lagi), kami menyiapkan kerja kerja lain khususnya pembinaan bangsal bersaiz panjang 40' dan lebar 12' dengan dilengkapi 1 tandas, 1 bilik air, 1 ruang solat, 1 stor dan ruang bekerja.