Monday, March 30, 2009

Lagi 10 Ekar Sedang Ditanam

Assalamualaikum wr wb Semua,

Benih Serai Hijau telah sampai. Sedang ditanam. Sedang disiram. Insya Allah, Khamis ini (2 April) selesai ditanam. Kumpulan tenaga kerja utk menanam seramai 10 orang yang terdiri dari pelajar lepasan STPM dan Politeknik dengan diketuai oleh Sdr Ayub Ahmad merangkap mandor.

Berikut gambarannya:

Tanaman Serai Hijau Secara Berkelompok

Assalamualaikum wr wb Semua,

Baru baru ini projek tanaman serai secara berkelompok telah berjaya dimulakan. Sebanyak 4 ekar benih serai telah dihantar kepada para peserta, iaitu ahli ahli PPK Dewan Beta.

Oleh kerana, para peserta mempunyai tanah yang pelbagai saiz, ada yang 1000 depa, ada yang 250 depa, ada yang 400 depa, maka benih harus dibahagikan dengan tepat.

Berikut ialah rakaman hari penerimaan benih berkenaan. Ada yang datang berbasikal, ada yang menaiki motor, ada yang menaiki kereta, ada juga yang datang mengambil benih dengan menaiki van. Kelihatan En. Hilman (pengurus projek Revolusi Tani) sedang menyelaras pembahagian benih di kalangan penduduk kampung di rumah Tn Hj Ismail (Pengerusi PPK) sekaligus membantu mereka mengangkat benih:)

15 ekar lagi menanti kerana dalam proses kelulusan bantuan kewangan dari pihak TEKUN Kota Bharu.

Friday, March 20, 2009

Fasa Membaja Serai Peha Ayam

Assalamualaikum wr wb Semua,

Lama tidak memberikan info perkembangan kerana gangguan talian internet di pihak telekom.

Selepas 37 hari ditanam, tanaman serai peha ayam kami perlu dibaja. Rumput rumpai liar pun turut telah mula naik kerana kehadiran hari hujan beberapa minggu yang lepas.

Dalam ribuan rumpun yang ditanam, lebih 90% pertumbuhannya baik sekali. Namun, tetap ada yang bantut dan mati. Berikut gambaran terkini ladang serai peha ayam kami.