Thursday, November 5, 2009

Gambar Tanaman Serai Terkini - November 2009

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah gambar tanaman serai terkini:


Semenjak dibersihkan November 2008, jika tidak dijaga-bersih, pokok pokok hutan yang tumbuh liar dan membesar boleh dilihat seperti di kiri kanan jalan masuk di atas. Pokok pokok itu tidak pernah ditebas semenjak dibersihkan tempoh hari.

Perbandingan gambar serai di atas ialah dengan gambar serai di link berikut:

http://ladangserai.blogspot.com/2009/07/gambar-serai-terkini.html dan di sini

http://ladangserai.blogspot.com/2009/04/perkembangan-tanaman-dan-aktiviti.html



Baru baru ini Sdr Nasir dan Sdr Khairudin ada membuat lawatan di salah satu plot tanaman serai. Tak sempat lagi ambil gambar. Perbandingan dengan apa yang dilihat oleh Sdr Nasir dengan Sdr Khairudin ialah dengan gambar plot yang sama di link berikut:

http://ladangserai.blogspot.com/2009/08/lagi-rakaman-tanaman-serai.html


Kali terakhir dibersihkan ialah 3 bulan lepas. Apabila melihatnya seperti tidak pernah dibersihkan sejak ditanam. Semenjak ditanam telah dibersihkan dengan cangkul sebanyak 2 kali selepas diracun 2 kali tetapi kurang berhasil.

Friday, August 7, 2009

Lagi Rakaman Tanaman Serai

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah... lagi rakaman tanaman serai...


Friday, July 31, 2009

Merumput, Membaja dan Memangkas

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah beberapa gambar yg sempat kami rakam... aktiviti menyahrumpai, membaja dan memangkas.


Tuesday, July 21, 2009

Gambar Serai Terkini - Julai '09

Assalamualaikum wr wb

Kami sedang dlm proses membersih barisan serai yg byk rumpai, mengerat serai dan seterusnya membaja.

Berikut ialah rakaman serai terkini.

Thursday, June 11, 2009

Perkembangan Terkini Tanaman Serai - Jun 2009

Assalamualaikum wr wb

Cuaca di Kelantan tahun ini telah berubah. Seperti sedang melalui musim tengkujuh dari bulan April hingga awal Jun, 2009 ini. Kesannya, rumpai tumbuh, membesar, merebak dan mendominasi barisan tanaman serai.

Cara mengatasinya:

Kami isytiharkan minggu ini dan minggu depan sebagai "Minggu Ops Rumpai". Racun Diuron digunakan. Tangan dan jari juga digunakan untuk mencabut rumpai. Selepas rumpai dinyahkan, kami akan meneruskan dengan operasi membaja. Baja yg digunakan ialah, baja NPK dan juga baja Super Turbo.

Rakaman gambar akan dinaikkan kemudian.

Friday, May 15, 2009

Perkembangan Terkini Tanaman Serai

Assalamualaikum wr wb

Serai fasa pertama memasuki bulan ke 3. Masa untuk membaja lagi.

Serai fasa kedua memasuki bulan ke 2. Masa untuk membaja kali pertama.

Cabaran semasa, rumpai begitu rancak tumbuh dan merebak kerana boleh dikatakan hari hari hujan di sini. Penggunaan racun kurang berkesan utk mematikan jaringan rumpai. Walaupun generasi semasa mati, kemunculan generasi baru rumpai begitu pantas sekali.

Mulai isnin ini, kami akan mencabut rumpai, dan selepas itu diikuti oleh geng membaja.

Monday, April 27, 2009

Perkembangan Tanaman dan Aktiviti Semasa

Assalamualaikum wr wb

Serai fasa 1 telah membiak - muncul anak anak baru. Cuaca di sini yg agak kerap hujan telah menjadi penggalak kepada pertumbuhan rumput rumpai. Masa utk meracun.

Pertambahan anak anak baru sekaligus menuntut vitamin tambahan. Masa utk membaja.

Serai fasa 2 yg baru ditanam, dipantau dan langsung disulam mana mana yg mati. Pertumbuhan awal serai fasa 2 ini lebih baik lagi kerana melalui cuaca yg selalu hujan. Juga tidak lama lagi akan melalui proses membaja. Di atas batas kolam ikan pun turut ditanam.

Gambar gambar rumpun serai dari jarak dekat akan dimuat-naik selepas ini.

SKM Kuala Lumpur pun ada datang melawat. Gambar mereka di kebun tiada, cuma sempat ambil gambar semasa menjamu mee goreng dan bee hun di rumah sahaja.

Monday, March 30, 2009

Lagi 10 Ekar Sedang Ditanam

Assalamualaikum wr wb Semua,

Benih Serai Hijau telah sampai. Sedang ditanam. Sedang disiram. Insya Allah, Khamis ini (2 April) selesai ditanam. Kumpulan tenaga kerja utk menanam seramai 10 orang yang terdiri dari pelajar lepasan STPM dan Politeknik dengan diketuai oleh Sdr Ayub Ahmad merangkap mandor.

Berikut gambarannya:

Tanaman Serai Hijau Secara Berkelompok

Assalamualaikum wr wb Semua,

Baru baru ini projek tanaman serai secara berkelompok telah berjaya dimulakan. Sebanyak 4 ekar benih serai telah dihantar kepada para peserta, iaitu ahli ahli PPK Dewan Beta.

Oleh kerana, para peserta mempunyai tanah yang pelbagai saiz, ada yang 1000 depa, ada yang 250 depa, ada yang 400 depa, maka benih harus dibahagikan dengan tepat.

Berikut ialah rakaman hari penerimaan benih berkenaan. Ada yang datang berbasikal, ada yang menaiki motor, ada yang menaiki kereta, ada juga yang datang mengambil benih dengan menaiki van. Kelihatan En. Hilman (pengurus projek Revolusi Tani) sedang menyelaras pembahagian benih di kalangan penduduk kampung di rumah Tn Hj Ismail (Pengerusi PPK) sekaligus membantu mereka mengangkat benih:)

15 ekar lagi menanti kerana dalam proses kelulusan bantuan kewangan dari pihak TEKUN Kota Bharu.

Friday, March 20, 2009

Fasa Membaja Serai Peha Ayam

Assalamualaikum wr wb Semua,

Lama tidak memberikan info perkembangan kerana gangguan talian internet di pihak telekom.

Selepas 37 hari ditanam, tanaman serai peha ayam kami perlu dibaja. Rumput rumpai liar pun turut telah mula naik kerana kehadiran hari hujan beberapa minggu yang lepas.

Dalam ribuan rumpun yang ditanam, lebih 90% pertumbuhannya baik sekali. Namun, tetap ada yang bantut dan mati. Berikut gambaran terkini ladang serai peha ayam kami.