Friday, May 15, 2009

Perkembangan Terkini Tanaman Serai

Assalamualaikum wr wb

Serai fasa pertama memasuki bulan ke 3. Masa untuk membaja lagi.

Serai fasa kedua memasuki bulan ke 2. Masa untuk membaja kali pertama.

Cabaran semasa, rumpai begitu rancak tumbuh dan merebak kerana boleh dikatakan hari hari hujan di sini. Penggunaan racun kurang berkesan utk mematikan jaringan rumpai. Walaupun generasi semasa mati, kemunculan generasi baru rumpai begitu pantas sekali.

Mulai isnin ini, kami akan mencabut rumpai, dan selepas itu diikuti oleh geng membaja.

Monday, April 27, 2009

Perkembangan Tanaman dan Aktiviti Semasa

Assalamualaikum wr wb

Serai fasa 1 telah membiak - muncul anak anak baru. Cuaca di sini yg agak kerap hujan telah menjadi penggalak kepada pertumbuhan rumput rumpai. Masa utk meracun.

Pertambahan anak anak baru sekaligus menuntut vitamin tambahan. Masa utk membaja.

Serai fasa 2 yg baru ditanam, dipantau dan langsung disulam mana mana yg mati. Pertumbuhan awal serai fasa 2 ini lebih baik lagi kerana melalui cuaca yg selalu hujan. Juga tidak lama lagi akan melalui proses membaja. Di atas batas kolam ikan pun turut ditanam.

Gambar gambar rumpun serai dari jarak dekat akan dimuat-naik selepas ini.

SKM Kuala Lumpur pun ada datang melawat. Gambar mereka di kebun tiada, cuma sempat ambil gambar semasa menjamu mee goreng dan bee hun di rumah sahaja.

Monday, March 30, 2009

Lagi 10 Ekar Sedang Ditanam

Assalamualaikum wr wb Semua,

Benih Serai Hijau telah sampai. Sedang ditanam. Sedang disiram. Insya Allah, Khamis ini (2 April) selesai ditanam. Kumpulan tenaga kerja utk menanam seramai 10 orang yang terdiri dari pelajar lepasan STPM dan Politeknik dengan diketuai oleh Sdr Ayub Ahmad merangkap mandor.

Berikut gambarannya:

Tanaman Serai Hijau Secara Berkelompok

Assalamualaikum wr wb Semua,

Baru baru ini projek tanaman serai secara berkelompok telah berjaya dimulakan. Sebanyak 4 ekar benih serai telah dihantar kepada para peserta, iaitu ahli ahli PPK Dewan Beta.

Oleh kerana, para peserta mempunyai tanah yang pelbagai saiz, ada yang 1000 depa, ada yang 250 depa, ada yang 400 depa, maka benih harus dibahagikan dengan tepat.

Berikut ialah rakaman hari penerimaan benih berkenaan. Ada yang datang berbasikal, ada yang menaiki motor, ada yang menaiki kereta, ada juga yang datang mengambil benih dengan menaiki van. Kelihatan En. Hilman (pengurus projek Revolusi Tani) sedang menyelaras pembahagian benih di kalangan penduduk kampung di rumah Tn Hj Ismail (Pengerusi PPK) sekaligus membantu mereka mengangkat benih:)

15 ekar lagi menanti kerana dalam proses kelulusan bantuan kewangan dari pihak TEKUN Kota Bharu.

Friday, March 20, 2009

Fasa Membaja Serai Peha Ayam

Assalamualaikum wr wb Semua,

Lama tidak memberikan info perkembangan kerana gangguan talian internet di pihak telekom.

Selepas 37 hari ditanam, tanaman serai peha ayam kami perlu dibaja. Rumput rumpai liar pun turut telah mula naik kerana kehadiran hari hujan beberapa minggu yang lepas.

Dalam ribuan rumpun yang ditanam, lebih 90% pertumbuhannya baik sekali. Namun, tetap ada yang bantut dan mati. Berikut gambaran terkini ladang serai peha ayam kami.

Wednesday, February 25, 2009

13 Hari Selepas Menanam Serai

Assalamualaikum wr wb

Apa khabar serai yang telah ditanam 13 hari yang lalu?

Ini gambarannya.

Alhamdulillah hidup dengan baik.

Tuesday, February 24, 2009

PPK Dewan Beta - Permulaan 10.5 Ekar

Assalamualaikum wr wb Semua,

Selepas 20 ekar di Labok, kini PPK Dewan Beta pula merancang utk menanam serai.

Kami telah memberikan taklimat kepada orang orang kg (ahli ahli PPK) tentang peluang, potensi, cara operasi dan yang paling penting kepastian pasaran.

Inisiatif awal telah diambil oleh salah sebuah Unit PPK dengan hasrat utk melakukan penanaman secara berkelompok. Sehingga semalam 10.5 ekar telah dibajak-halus (rotor) utk penyediaan tanaman serai. Target Pengerusi PPK, Tn Hj Ismail ialah, setiap 1 Unit PPK menanam 5 ekar serai. PPK Dewan Beta mempunyai 17 Unit.

Dijangka awal mac 2009, bermula kerja kerja menanam. Paling lewat pertengahan mac.

Thursday, February 19, 2009

10 Ekar Selesai - Lagi 10 Ekar Menyusul

Assalamualaikum wr wb Semua,

10 ekar tanah telah selesai ditanami dgn pohon serai. Akhirnya berjaya juga dihabiskan penanaman serai marhalah pertama ini. 10 ekar kedua menanti tak lama lagi.

Antara aktiviti selepas selesai menanam ialah:

1. Memantau serai yg mati, patah dan tercabut utk diganti dgn benih baru. Menyulam.

2. Meneruskan siraman.

3. Meneruskan kerja kerja penyediaan tanah utk 10 ekar kedua.

Monday, February 16, 2009

8 Ekar Serai Selesai Ditanam

Assalamualaikum wr wb Semua

Telah 8 hari kami mula menanam serai. 8 Ekar serai telah berjaya ditanam. Dalam tempoh 8 hari tersebut, 2 hari tidak menanam, kerana ingin menyelesaikan isu menyiram. Semalam 2 ekar telah ditanam dengan menggunakan 6 orang pekerja. 4 orang menanam 2 orang memasang tali.

Hari ini kerja kerja menyiram diteruskan seperti biasa. Esok akan diselesaikan lagi baki 2 ekar utk fasa 10 ekar pertama.

Wednesday, February 11, 2009

Selepas Tanam - Siram dan Menjirus

Assalamualaikum wr wb Semua,

Nampaknya semua benih serai sihat walafiat di bawah pohon getah yang redup.

Nampaknya, selepas hari pertama menanam, kita dah boleh buat anggaran "kekuatan" yang diperlukan utk menanam dan boleh juga merancang berapa ekar nak tanam dalam masa berapa hari. Nampaknya menanam memang mudah jika kita ada 4 ke 7 orang kumpulan menanam.

Cabaran yang menyusul selepas menanam ialah kerja kerja menyiram. Menjirus. Setiap serai yang ditanam, khususnya di musim kemarau ini, perlu disiram setiap hari sehinggalah 7 hari berturut turut. Itulah kebiasan panduan yang diberikan. Jika hari ini kita tanam 1 ekar, kita perlu siram 1 ekar hari ini. Jika esok kita tanam lagi 1 ekar, kita perlu siram 2 ekar pula. Jika lusa tanam lagi 1 ekar, maka lusa kita perlu siram 3 ekar. Begitulah seterusnya. Pada hari ke 6, kita perlu siram 6 ekar.

Utk menyiram, kita perlukan:

1. Sumber air yang cukup - anak sungai - bantuan karung dan pasir utk empang
2. Enjin pam air - jenama honda telah berusia 8 tahun
3. Paip/Hos - paip hitam, pvc, getah putih dan biru, pelbagai saiz dari besar ke kecil 1200 kaki
4. Tukang siram - minima 3 orang
5. Bekalan Petrol
6. Masa

Dalam suasana kemarau, menyiram amat kritikal.

Pesanan yang penting: Kualiti menyiram lebih penting dari kuantiti yang disiram, sebab kita boleh rancang penanaman seterusnya bila perlu dilakukan. Benih serai selamat di tempat simpanan dan boleh disiram dengan mudah setiap hari.