Wednesday, December 10, 2008

Kembali Beraksi...

Assalamualaikum wr wb Semua,

Hari ini excavator kembali meneruskan "ops bersih" baki kawasan projek serai.

Sdr Azhar juga telah datang melawat sambil berbincang panjang tentang "usaha serai" ini.

Seekor lagi lembu telah dikorbankan hari ini. Yang terakhir.

Esok "driver excavator" cuti kerana ada kenduri arwah ayahnya.

Excavator yang baru baik telah kembali rosak.

Kontraktor utama telah dipecat hari ini kerana prestasi mesin excavator yang asyik rosak dan disiplin kerja yang tidak memuaskan kami. Masa kecederaan yang diberi hingga hari raya eidul adha ke 3 telah sampai. Gagal diperbaiki.

Sub kontraktor telah dinaikkan "pangkat" menjadi Kontraktor utama.

Kuasa veto di tangan kami. Tuan tanah.

Tinggal 3-4 ekar utk dibersihkan lagi.

Mari kita berdoa agar cuaca unggul utk kami meneruskan operasi.

No comments: