Wednesday, December 31, 2008

Pra-Pandang Tapak Projek - Sedia Untuk DiBakar

Assalamualaikum wr wb Semua,

Berikut ialah rakaman suasana tapak projek serai pada hari ini. Kelihatan timbunan semak belukar kayu yang menanti hari panas yang cukup sebelum sedia untuk dibakar. Terdapat longgokan tayar terpakai yang akan digunakan sebagai perangsang api bakar nanti.

Kelihatan tiang pagar yang telah siap dipasang di salah satu sisi. Turut kelihatan aktiviti membetul alur sungai. Juga ternampak di satu sudut tersadai sebuah excavator. Juga jelas kelihatan air sungai yang mengalir masuk di dalam kawasan tapak projek yang menjadi sempanan pemisah antara 2 ekar dan 8 ekar (semua 10 ekar) kawasan "tanah serai".

Juga kelihatan En. Ali (dari KL) yang datang melawat beberapa hari lepas bersama En. Khairudin (dari KB).


Langkah seterusnya selepas ini:

1. Membakar

2. Membajak

3. Merotor

4. Menanam

No comments: