Assalamualaikum wr wb Semua,
Laporan sehari sebelum raya...
3 hari lepas... setiap kali bangun tidur, sedang hujan. Hingga hari ini. Hingga sekarang. Jam 11.00 pagi.
Aktiviti pembersihan diteruskan. 5 ke 6 ekar telah selesai dibersihkan. Tinggal utk dibakar.
Excavator yang rosak telah kembali bertugas.
Kayu tiang pagar terus dikumpulkan. Kayu tiang bangsal pun sedang dikumpulkan.
Satu inisiatif proaktif untuk menyediakan ruang jalan yang lebih singkat telah dibuat. Justeru kerja kerja mengukur sempadan utk memperuntukkan "reserve" jalan telah dilakukan. Juru Ukur dari Pejabat Tanah Machang, telah dipanggil. Ini memerlukan kami untuk mengalihkan pagar kebun orang sedia ada (dgn izin) sedang dilakukan. (Insya Allah hari ini siap)
Esok raya. Cuti umum. Driver Excavator akan kembali bertugas seawal hari raya ke 2, dan paling lewat hari raya ke 3.
Selamat menyambut hari raya aidil adha dari kami kepada semua:)
Stok Anak Benih Ikan Kelah Kembali Lagi @ 2020
4 years ago
No comments:
Post a Comment