Tuesday, December 30, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430

Assalamualaikum wr wb Semua,

10 ekar telah selesai dibersihkan dengan bantuan excavator. Kumpulan semak dan kayu kayu hutan sekunder telah dikumpulkan sedia untuk dibakar.

Cuaca kembali mendung dan kerap hujan setiap hari. Mungkin ini pusingan bah yang terakhir sebelum cuaca kembali panas berpanjangan.

Pemasangan tiang pagar 80% siap.

Jalan alternatif terdekat telah dibuka. Tinggal untuk diturap batu kasaran.

Sementara menanti panas yang cukup untuk membakar, kami menyiapkan pemasangan pagar, membuat parit, menaikkan ban sungai, membetulkan alur sungai, membuat bangsal dan juga jembatan.

Sehingga perkembangan informasi seterusnya...

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 dan Masihi 2009.

1 comment:

che-mie said...

selamat tahun baru 2009

moga lebih sukses sukses