Assalamualaikum wr wb Semua,
Nampaknya semua benih serai sihat walafiat di bawah pohon getah yang redup.
Nampaknya, selepas hari pertama menanam, kita dah boleh buat anggaran "kekuatan" yang diperlukan utk menanam dan boleh juga merancang berapa ekar nak tanam dalam masa berapa hari. Nampaknya menanam memang mudah jika kita ada 4 ke 7 orang kumpulan menanam.
Cabaran yang menyusul selepas menanam ialah kerja kerja menyiram. Menjirus. Setiap serai yang ditanam, khususnya di musim kemarau ini, perlu disiram setiap hari sehinggalah 7 hari berturut turut. Itulah kebiasan panduan yang diberikan. Jika hari ini kita tanam 1 ekar, kita perlu siram 1 ekar hari ini. Jika esok kita tanam lagi 1 ekar, kita perlu siram 2 ekar pula. Jika lusa tanam lagi 1 ekar, maka lusa kita perlu siram 3 ekar. Begitulah seterusnya. Pada hari ke 6, kita perlu siram 6 ekar.
Utk menyiram, kita perlukan:
1. Sumber air yang cukup - anak sungai - bantuan karung dan pasir utk empang
2. Enjin pam air - jenama honda telah berusia 8 tahun
3. Paip/Hos - paip hitam, pvc, getah putih dan biru, pelbagai saiz dari besar ke kecil 1200 kaki
4. Tukang siram - minima 3 orang
5. Bekalan Petrol
6. Masa
Dalam suasana kemarau, menyiram amat kritikal.
Pesanan yang penting: Kualiti menyiram lebih penting dari kuantiti yang disiram, sebab kita boleh rancang penanaman seterusnya bila perlu dilakukan. Benih serai selamat di tempat simpanan dan boleh disiram dengan mudah setiap hari.