Sunday, February 1, 2009

10 Ekar Kedua - Dalam Proses Merotor

Assalamualaikum wr wb Semua,

Perancangan kami pada November 2008 ialah untuk menanam serai di tanah seluas 10 ekar. Bagaimanapun musim tengkujuh dan tapak projek yang pertama kali melalui proses pembersihan telah mengambil masa yang agak lama untuk kerja kerja penyediaan tanah. Sekarang ini, tanah 10 ekar pertama ini dalam proses pembakaran. Selepas ini dibajak dan baru sedia untuk proses menanam.

Justeru itu, kami telah mengambil keputusan untuk memajak 10 ekar tanah untuk membolehkan kami menanam serai lebih awal iaitu pada 8 Februari ini. Ini menjadikan 20 ekar kesemuanya.

Tapak projek serai 10 ekar yang kedua dalam proses rotor @ menggembur halus pada hari ini. Insya Allah beberapa hari lagi akan siap dan sedia untuk ditanam pada hari ahad nanti, Insya Allah.

Tanah yang dipajak ini ialah tanah yang telah ditanam dengan tanaman pokok getah. Faedahnya, tanah ini telah dibersihkan dahulu - tiada anak anak dan akar kayu. Tanah ini terus boleh dirotor @ gembur halus. Tanah ini telah siap berpagar. Negatifnya, kami hanya boleh menanam dalam 1 ke 2 pusingan sahaja lagi, sementara pokok getah belum besar.

Jarak di antara barisan pokok getah ini ialah 17 kaki. Ini membolehkan kami untuk menanam 3 barisan rumpun serai.

No comments: