Saturday, February 7, 2009

Pelancaran dan Perasmian Projek Serai

Assalamualaikum wr wb Semua,

Kesibukan menyerai menyebabkan baru sekarang sempat untuk melakukan muat naik gambar gambar semasa majlis pelancaran dan perasmian projek serai seluas 20 ekar.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Mazelan, Timbalan Pengarah SKM Kelantan, bagi mewakili Dato' Mangsor Saad, Pengerusi Eksekutif, SKM. Turut meraikan majlis ialah YB Zulkifli Bin Mamat.

Kehadiran jemputan 100 orang.

Majlis dimulakan dengan solat hajat di Masjid Labok, Machang dengan diketuai (imam) oleh Ustaz Hilmi Bin Mat @ Ahmad. Majlis ditangguhkan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hilmi.

Acara terakhir di dewan ialah jamuan makan. Manakala yang berminat untuk melawat tapak projek telah kami bawa sambil memberikan info info yang lebih jelas tentang peluang dan potensi projek serai ini.

Malamnya kami melakukan majlis tahlil kesyukuran.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

No comments: