Assalamualaikum wr wb Semua,
Sejak malam tadi, kami membakar. Pagi tadi membakar. Petang tadi juga kami membakar hingga ke senja. Excavator menghimpun semula longgokan kayu yang telah dibakar sebelum ini. Jika sebelum ini untuk membakar memerlukan bantuan tayar. Kini, byk longgokan kayu yang boleh dibakar terus sahaja tanpa bantuan tayar. Satu perkembangan positif. Alhamdulillah.
Chain saw juga memainkan peranan penting dalam proses membakar. Untuk mengerat batang batang kayu yang panjang. Merapatkan kumpulan dan longgokan kayu. Barulah api akan merebak dengan meluas dan lama.
Setiap kali operasi membakar, paling tidak memerlukan 4-5 orang. Agar byk longgokan yang boleh dibakar. Anak anak yang tak reti apa itu bara dan abu pun sibuk nak mengikut dan siap makan nasi sekali di dalam kesamaran malam.
Membakar malam dah dan membakar senja pun sudah. Nampaknya suasana bakaran pada waktu senja lebih "cantik".
Sementara itu, tukang kayu utk membuat bangsal sedang menyediakan kerangka "pasang siap", mungkin tak esok atau lusa dah boleh dinaikkan. Batu bata telah dibeli. Simen pun telah dibeli. Esok akan beli zink pula.
Begitu juga dengan proses merotor di 10 ekar kedua, diteruskan lagi pada hari ini. Akan disambung lagi esok hari.
Tinggal...
5 hari lagi Majlis Perasmian.
6 hari lagi gerak kerja menanam.
Stok Anak Benih Ikan Kelah Kembali Lagi @ 2020
4 years ago
1 comment:
keep up the good work...
Post a Comment