Wednesday, December 17, 2008

Hari Ini Genap Sebulan Ops Bersih Bermula

Assalamualaikum wr wb Semua,

Hari ini genaplah sudah sebulan dari tarikh hari pertama excavator masuk kebun untuk memulakan Operasi Membersih kawasan / tapak projek serai seluas 10 ekar.

Hasil dan status semasa:

1. Masih ada lagi 1.5 ekar yang masih belum diusik. 8.5 ekar telah selesai,. Tunggu dibakar.

2. Masih ada lagi semak-belukar berkelompok kelompok kecil yang jika dicampur campur, lebih kurang 1 ekar keluasannya.

Antara sebab yang melambatkan proses "Ops Bersih" ini ialah:

1. Jumlah hari bekerja yang kurang kerana faktor cuaca - hujan lebat.

2. Kegagalan mesin excavator pertama untuk bekerja pada hari hari yang boleh bekerja kerana masalah teknikal yg kerap.

3. Cuti Hari Raya Aidil Adha yang sepanjang cuti tersebut (4 hari) cuaca amat baik.

4. Cuti cuti kecemasan oleh Juru Pandu excavator kedua pada hari hari cuaca baik (4 hari) kerana majlis nikah, majlis kenduri arwah, tok meninggal dunia dan demam.

Hari ini juru pandu excavator beraksi seperi biasa. Kumpulan pagar juga beraksi memasang pagar.

1 comment:

ca said...

bnyak betul ranjau. Allah nak kasi jadi lebih besar nih.

lepas susah pasti senang.