Assalamualaikum wr wb
Hari ini, dan sebenarnya semenjak malam tadi, hujan turun tidak berhenti henti di Labok sehinggalah sebentar tadi, telah merencatkan operasi pembersihan projek serai... sekarang 10.00 malam hujan telah berhenti. (Updated: dah renyai renyai semula) Ini tanda musim tengkujuh telah tiba.
Menurut Jabatan Meteorologi sebagaimana yang dilaporkan oleh
Utusan, hujan ini akan berterusan sehingga petang sabtu ini.
Hujan lebat ini telah menaikkan paras air Sg Labok dan kawasan sekitarnya sebagaimana boleh dilihat di bawah:
Menanti hari esok memang sungguh mendebarkan di saat hati dan minda sudah terasa dan terbayang bayang - melihat menghijaunya kebun serai!
Insya Allah, panas beberapa hari pun boleh menggerakkan operasi pembersihan ini.
Pengajaran yang dikutip: Kita manusia hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan cuaca, panas dan hujan. Di dalam ilmu alam sekitar sekular, senario ini dipanggil sebagai "
Environmental Determinism". Maknanya, alam sekitar berkuasa utk mempengaruhi cara gaya hidup manusia (penduduk Labok)... hanya duduk lepak di rumah atau kedai kopi masa musim tengkujuh... dan 9 bulan selepas musim tengkujuh, anak pun bertambah lagi:)
Terus berdoa beramai ramai, agar Allah memudahkan urusan kita ini dengan memberikan ruang masa dan suasana yang sesuai utk kerja kerja pembersihan.