Wednesday, November 26, 2008

Hujan, Ubi Kayu dan Motivasi Kerja

Assalamualaikum wr wb Semua,

Sejak semalam hingga hari ini hujan lebat melanda bumi Labok, Machang. Sah musim tengkujuh telah pun bermula. Bila musim hujan, trend turun temurun ialah makan ubi rebus, ubi bakar, ubi goreng, ubi sira dan bubur ubi.

Maka wujudlah fenomena bermusim - perniagaan baru di tepian jalan jalan di sini. Menjual segala jenis ubi. Pesta ubi. Ubi kayu. Ubi keledek. Ubi keling. Ubi keladi. Ubi kadok. Ubi gadong (beracun @ memabukkan - kene rawat dulu) Pelbagai jenis ubi. Yang tiada, ubi kentang :)

Walau di sini ialah kawasan kampung. Kebanyakan rumah tiada pokok ubi. Nak makan, melepas mengidam, kenalah beli. Hadiah ubi kayu pada masa ini, amat amat dihargai.

Begitu juga team "Ops Bersih" di tapak projek serai. Membawa ubi rebus bersama gula dan kelapa parut muda sebagai pencicah kepada mereka merupakan satu "berita gembira" sekaligus mampu meningkatkan motivasi mereka bekerja - dalam hujan.

No comments: