Thursday, November 27, 2008

3 Hari Sebelum Disember 2008

Assalamualaikum wr wb Semua,

Lagi 3 hari, kita akan memasuki bulan terakhir untuk tahun 2008. Hari ini hujan sepanjang hari.

Hari ini kami telah berbincang dengan pihak penerima "tender" pembersihan kawasan serai kami. Turut sama pihak "sub kontrak" yang menjalankan kerja kerja pembersihan. Kontraktor utama dan sub kontraktor bersama sama melakukan kerja kerja pembersihan. Sorang satu "excavator". Antara analisis dan pelan bertindak ialah...

Cabaran masa kini: Cuaca. Musim Tengkujuh. Tanah menjadi lembut lagi lembik. Berlaku terbenam di kawasan kawasan tertentu. Melambatkan pergerakan dan proses pembersihan.

Hujan juga melambatkan proses pembakaran.

Masalah masa kini: Excavator pertama (Kontraktor utama) masih rosak. Tidak boleh beraksi.

Solusi hari ini: Lusa atau tulat akan dibawa lagi satu "excavator" menjadikan 3 kesemuanya. Untuk mempercepatkan proses pembersihan keseluruhan tapak projek serai seluas 10 ekar.

Excavator pertama (yg rosak) sedang dibaiki dan dijangka akan kembali beraksi pada hari sabtu ini.

Aktiviti Lain: "Team Pagar" terus mengumpulkan kayu tiang pagar di sempadan kawasan.

Penemuan Berharga: Setakat ini 5 batang pokok depu @ gaharu telah dikenalpasti tumbuh meliar di kawasan projek serai ini. Pokok depu ini dibiarkan terus hidup. 1 batang telah ter-tolak -cabut oleh excavator. Ribuan ringgit rugi tu... ;-) Mungkin akan ada lagi...






2 comments:

skylixx said...

brape bro abis utk setel 10 ekar nie?

Jamaludin Maideen said...

di tapak projek serai kami ini, ialah RM1000/ekar (kontrak) dengan meliputi kerja menolak-cabut pokok dan semak, menghimpun, kemudian kami bakar, kemudian mereka himpunkan sekali lagi sampai bersih untuk kami bakar lagi sampai licin. turut sama dlm harga di atas ialah pembinaan parit dan menaikkan tebing sungai.