Rakan Penyerai, Pemodal dan Peminat Serai Semua,
Aktiviti pertanian sedang rancak. Makin menggebu gebu. Antara petunjuknya ialah, sukar untuk mencari perkhidmatan Excavator di Machang, Kelantan. Semua sedang bekerja. Di merata rata tempat. Tanam Depu. Tanam Sayur. Tanam Getah. Tanam Sawit. Buat parit pengairan. Akhir sekali dapat juga pembekal perkhidmatan Excavator dari Tanah Merah. Itupun 3 hari lepas. 2 Hari lepas tak sampai. Semalam tak sampai. Hari ini hampir hampir tak sampai.
Baru sebentar tadi, jam 9.30 malam "Loader" sampai bersama "Robot Pemusnah" yang ditunggu tunggu.


Insya Allah esok kita buat Solat Hajat sikit utk "upacara rasmi" pembukaan tanah serai :)
2 comments:
waaa...dah start ye bro...tahniah lerr...emm ada mase nak gi gak jln2 tempat demo...semoga berjaya...
kami baru start... sekarang tak yah datang la... masih semak samun... nanti dah tanam leh mai tolong tanam sekali kihkihkih...:)
Post a Comment