Monday, November 17, 2008

Yang Ditunggu Tunggu Akhirnya Tiba...

Salam alaykum wr wb,

Rakan Penyerai, Pemodal dan Peminat Serai Semua,

Aktiviti pertanian sedang rancak. Makin menggebu gebu. Antara petunjuknya ialah, sukar untuk mencari perkhidmatan Excavator di Machang, Kelantan. Semua sedang bekerja. Di merata rata tempat. Tanam Depu. Tanam Sayur. Tanam Getah. Tanam Sawit. Buat parit pengairan. Akhir sekali dapat juga pembekal perkhidmatan Excavator dari Tanah Merah. Itupun 3 hari lepas. 2 Hari lepas tak sampai. Semalam tak sampai. Hari ini hampir hampir tak sampai.

Baru sebentar tadi, jam 9.30 malam "Loader" sampai bersama "Robot Pemusnah" yang ditunggu tunggu.


Oleh kerana dah sampai malam, tiada apa yang boleh dibuat. Esok bermulalah operasi pembersihan kawasan. Dengan langkah kanan dan lafaz BISMILLAH, marilah kita bersama berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t agar merestui, memberkati sekaligus mempermudahkan projek penanaman serai ini sehingga berjaya dan berkembang, Insya Allah.

Insya Allah esok kita buat Solat Hajat sikit utk "upacara rasmi" pembukaan tanah serai :)

2 comments:

btgfork said...

waaa...dah start ye bro...tahniah lerr...emm ada mase nak gi gak jln2 tempat demo...semoga berjaya...

Jamaludin Maideen said...

kami baru start... sekarang tak yah datang la... masih semak samun... nanti dah tanam leh mai tolong tanam sekali kihkihkih...:)