Assalamualaikum wr wb
Sambungan dari malam tadi, pagi ini terus hujan - lebat diikuti renyai renyai. Lebat lagi dan renyai renyai, silih berganti, seperti sebuah irama yang telah disusun liriknya oleh Allah swt:)
Kami telah memulakan aktiviti tebang dan kerat pokok kayu untuk dibuat pagar, (mulai 2 hari lepas) bagi mengurangkan kos pagar. (Gambar akan dinaikkan kemudian, sebab hujan, tak ada bawak payung masuk kebun)
Secara ringkas, tugas memagar seperti berikut:
1) Tebang dan kerat pokok kayu yang boleh dijadikan pagar. Sebatang 6 kaki panjang.
2) Beli kawat duri, pengetuk, pengumpil dan paku.
3) Gali lubang pagar.
4) Tanam tiang pagar.
5) Tarik dan paku kawat duri di tiang pagar.
6) Buatkan pintu masuk kebun.
Hujan melembikkan tanah, harap masa tanam tiang pagar nanti, cuaca dah panas seminggu utk mengeraskan tanah bagi memudahkan proses tarik kawat.
1 ekar memerlukan 145 btg tiang pagar dengan jarak 10 kaki. 10 ekar memerlukan 1450 btg tiang pagar. Lebih kurang 1500 btg tiang. Ini bermakna, jika sepokok boleh dikerat 3, kita memerlukan 500 pokok untuk ditebang dan dikerat kerat. Jika sepokok hanya boleh dikerat 2, kita memerlukan 750 pokok untuk ditebang.
Stok Anak Benih Ikan Kelah Kembali Lagi @ 2020
4 years ago
No comments:
Post a Comment