Tuesday, November 25, 2008

Selesai 2 Ekar Dibersihkan...

Assalamualaikum wr wb Semua,

Excavator yang pertama telah mengalami 2 masalah teknikal. Tangki air bocor. Kemudian hari ini satu lagi part bocor. 3 hari lepas, excavator ke 2 yang sepatutnya sampai untuk mempercepatkan "Ops Bersih" telah tidak dapat menyeberangi anak sungai (dari tapak kerja lama) kerana air naik (hujan). 2 Hari lepas, selepas air surut, telah "diculik" untuk membantu projek orang lain di Jertih. Kerja kerja pembersihan kawasan memang aktif sekali di sekitar sini (walau musim hujan).

Semalam, "replacement excavator" telah dapat diambil dari Kok Lanas. Sampai di tapak projek serai kami sebelah petang.

Excavator kedua ini telah memulakan kerja dengan cemerlang hari ini. Walaupun tadi hujan sangat lebat, kerja kerja diteruskan. Hampir 3 ekar telah selesai dibersihkan. Tinggal utk dibakar.

Antara koleksi gambar operasi bersih:






Sekarang 8.30 Malam, sedang hujan lebat.

2 comments:

Bumi Cahaya Emas said...

Salam. Berape kos bersih tanah untuk seekar ? tk

Alam Serai said...

berdasarkan tinjauan harga yg saya buat, berbeza mengikut negeri, daerah, kawasan, dan spesifikasi kerja pembersihan yang diminta.

di sini (machang-kelantan) kadar sewa adalah di antara RM800 ke RM1500 seekar.

di tapak projek serai kami ini, ialah RM1000/ekar (kontrak) dengan meliputi kerja menolak-cabut pokok dan semak, menghimpun, kemudian kami bakar, kemudian mereka himpunkan sekali lagi sampai bersih untuk kami bakar lagi sampai licin. turut sama dlm harga di atas ialah pembinaan parit dan menaikkan tebing sungai.